Friday, October 24, 2014

PUDING MILO OREO PALING SIMPLE!!

Haiii.. ramai sangat yang pm ika pasal puding milo oreo tuh.. Sedap dimakan sejuk-sejuk... Lagi-lagi masa panas terik, kan?






Paling menyelerakan, dekat oreo tu kan? hehehe

BAHAN-BAHANNYA...

  • 1 paket agar-agar (lebih kurang 10gm)
  • Air 750ml
  • Susu cair 1 tin
  • Gula 1/2 cawan
  • Milo 3/4 cawan
  • Oreo secukupnya...

CARA MEMBUATNYA...

  1. Campurkan agar-agar bersama air dan masak diatas api sederhana... Pastikan agar-agar betul-betul larut dalam air tersebut...
  2. Bila agar-agar dah larut, masukkan gula.. Kacau sehingga larut juga...
  3. Sesudah itu, masukkan susu cair 1 tin... Api sederhana, tunggu sehingga mendidih.
  4. Selepas mendidih, bolehlah diasingkan susu putih tersebut dalam 1 1/2 ke 2 cawan (untuk membentuk lapisan putih nanti)
  5. Lebihan susu tersebut, campurkan milo.. Kacau sehingga sebati.... Dan boleh menuang suku dari agar-agar milo tersebut, untuk membentuk lapisan bawah...
  6. Apabila lapisan bawah sudah agak keras, bolehlah dituang lapisan susu pula... Pastikan lapisan bawah betul-betul keras untuk mengelakkan lapisan agar-agar bercampur.
  7. Apabila lapisan susu sudah separa keras, boleh la disusun oreo mengikut kreativiti anda sendiri...
  8. Akhir sekali, setelah lapisan susu keras, boleh la diletakkan lapisan milo yang terakhir(paling atas.. sementara tunggu 2 lapisan keras, lebihan agar-agar bercampur milo perlu dipanaskan dengan api yang sangat kecil, untuk elakkan agar-agar mengeras sebelum dituang..) dan simpan la dalam peti ais sekurang-kurang 2 jam....

YEAAAH!! DA SIAP, BOLEEY MAKAN!!!


SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment